
BAZAR BUKAKBONET GELANG PATAH (bermula 1 November 2014)
BUKAKBONETJB meneruskan usaha memberikan platform niaga kepada usahawan berminat. Kini di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah, Johor Bahru! Terdapat 40 tapak buat masa ini yang terletak bersebelahan Restoren Kentucky Fried Chicken, Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah, Johor Bahru. Usahasama dengan UMNO Cawangan Taman Nusa Perintis 2 ini mendapat sokongan penuh ADUN Nusajaya, YB Dr.Hj. Zaini Bin Hj.Abu Bakar.
Waktu baru perniagaan adalah pada setiap minggu Jumaat,Sabtu & Ahad (pukul 4 petang hingga 12 tengah malam) menyediakan pelbagai produk dan makanan siap sedia dan pastinya kepelbagaian produk amat diutamakan. Berkonsepkan kanopi (bazar) pastinya memberi keselesaan tanpa terik panas dalam anda memilih produk tempatan, preloved, gajet, pakaian, aksesori, makanan dan minuman yang begitu trendy sekarang ini.


Tapak Bazar BUKAKBONET Gelang Patah berada di tapak bertanda 'B'. Bersebelahan dengan KFC Gelang Patah dan barisan Gerai Makanan dan Minuman. Strategik kerana berdepan dengan jalan besar menuju ke Gelang Patah. Mempunyai kawasan meletak kenderaan yang luas dan percuma! Tambahan tapak dibuat di bersebelahannya.

32 tapak niaga disediakan buat masa ini dan jika mendapat sambutan menggalakkan kami akan berusaha untuk menambahkan bilangan tapak. Berbeza dengan pasar malam kerana Bazar ini menyediakan pelbagai produk tempatan dan preloved yang sukar ditemui melainkan di butik dan outlet terpilih.
Peta lokasi berdasarkan Google Map. Anda juga boleh mencari menggunakan Google Street View di internet.

CARA MENDAFTAR DAN PERTANYAAN:
Sila whatsapp ke 01128740312 (En.Azam) untuk info dan pendaftaran.
SYARAT KEAHLIAN PENIAGA, SILA KLIK SINI